Hasil penyelidikan yang telah dibangunkan oleh penyelidik UPM telah menghasilkan pelbagai penemuan baharu dan menjadi solusi kepada pelbagai permasalahan.
Pengkomersilan hasil penyelidikan menjadi amat penting dalam mewujudkan impak dari hasil R&D penyelidik UPM, menterjemahkannya menjadi lebih menarik sehingga dapat memanfaatkan pihak universiti, masyarakat, industri dan negara.
PSP dan Penyelaras Inovasi PTJ akan membantu penyelidik sepanjang perjalanan hasil penyelidikan sehingga ke arah pengkomersilan inovasi dipasaran.
Langkah selanjutnya dalam meningkatkan impak hasil penyelidikan ialah melalui :
- perlindungan harta intelek (IP),
- promosi dan pemasaran inovasi, dan
- pengkomersilan hasil penyelidikan kepada pihak industri.
Perlindungan harta intelek amat penting bagi memastikan setiap idea dan hasil penyelidikan UPM dapat dilindungi daripada di eksploitasi oleh pihak lain secara tidak wajar.
Bahagian Harta Intelek, Putra Science Park (PSP) menguruskan perlindungan harta intelek bagi Universiti Putra Malaysia merangkumi permohonan, penilaian dan pemfailan paten, rahsia perniagaan, reka bentuk perindustrian, hakcipta, rekabentuk litar bersepadu, cap dagangan dan variasi tumbuhan baharu. Harta intelek UPM adalah tertakluk kepada Dasar Universiti Putra Malaysia (Harta Intelek Dan Pengkomersilan Hak Harta Intelek Universiti) 2013.
Kepentingan Pengkomersilan IP
Teknologi dan Harta Intelek UPM perlu diusahakan ke arah pengkomersilan teknologi bersama pihak industri bagi ;
- memastikan manfaat teknologi yang dihasilkan oleh penyelidik dapat digunakan untuk pembangunan masyarakat, industri dan kemajuan negara
- impak teknologi dapat memberi peluang perniagaan baharu kepada industri dan mencetuskan peluang pekerjaan baharu kepada masyarakat
- menjana pendapatan kepada universiti, industri, negara dan juga kepada kumpulan penyelidik
- memperoleh peluang untuk kolaborasi R&D dan dana pra-pengkomersilan teknologi bersama industri
- membantu universiti mencapai indeks petunjuk pretasi yang telah ditetapkan
Langkah pengkomersilan teknologi
Pembentangan dan Pemfailan IP
|
|
Promosi dan Pemasaran
|
|
Pemindahan Teknologi dan Pengkomersilan
|
Maklumat lanjut;
Bahagian Harta Intelek
Putra Science Park (PSP)
Tel : 03 9769 1298 / 1243