UTAMA | PUTRA SCIENCE PARK

UPM : PENERAJU INOVASI

UPM mempunyai lebih daripada 2000 R&D yang telah dipatenkan di Malaysia dan seluruh dunia dalam pelbagai bidang penyelidikan. PSP-UPM kini mencari rakan kongsi daripada industri (syarikat / pengusaha / pelabur) untuk bekerjasama di dalam mengkomersilkan R&D UPM supaya menjadi produk yang boleh memberi manfaat kepada industri, awam atau pembangunan negara.

>> Lihat maklumat lanjut mengenai teknologi UPM untuk dikomersialkan / dilesenkan

>> Lihat teknologi UPM yang telah berjaya dikomersilkan

>> Lihat produk hasil inovasi UPM

Pendedahan & Perlindungan

PSP selaku pejabat pengurusan inovasi UPM bertujuan untuk membantu penyelidik UPM mendedahkan, melindungi (paten / hak cipta / industri reka bentuk / varieti baru tumbuhan), dan memberi garis panduan kaedah terbaik untuk menguruskan harta intelek penyelidik UPM. Dengan misi untuk memudahkan pemindahan inovasi UPM untuk dimanfaatkan oleh industri, negara dan orang awam, staf PSP yang berpengalaman sedia untuk memberi bimbingan dan pengawasan di dalam menguruskan harta intelek UPM. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk melindungi R&D/inovasi penyelidik UPM, sila hubungi pegawai kami di Bahagian Perlindungan IP dan Pemindahan Teknologi

>> Maklumat lanjut mengenai jenis perlindungan harta intelek

>> Senarai harta intelek UPM

 

Komersial dan Promosi

Hubungan UPM dengan industri merupakan sebahagian perkara penting dan telah menjadi kebiasaan di dalam kerjasama penyelidikan dan perundingan di Universiti. Perhubungan UPM-industri amat dititikberatkan di dalam membawa hasil penyelidikan Universiti ke dalam pasaran. Penyelidik UPM amat digalakkan untuk membina rangkaian dengan industri bagi mendapatkan peluang kerjasama penyelidikan serta mengkomersialkan hasil R&D/inovasi. Sila sertai acara kami bagi mempromosikan teknologi UPM melalui laman web, persembahan produk, sidang akhbar atau pameran. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk melindungi ciptaan anda, sila hubungi pegawai kami di Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi

>> Senarai Teknologi Komersil UPM

 

 eDU-PARK® - Taman Edu-pelancongan

UPM Bersempadan bandar-bandar metropolitan Putrajaya dan Kuala Lumpur, UPM menawarkan anda untuk meneroka kehidupan kampus yang harmoni yang diduduki oleh lebih daripada 27,000 pelajar dari pelbagai negara dan latar belakang budaya. Dengan saiz yang besar berukuran 1000 hektar, anda bebas untuk menghargai pandangan dan kesegaran melalui ladang yang luas dan landskap yang menghijau. Inilah masa dan peluang untuk anda memahami proses penyelidikan melalui interaksi dengan penggunaan pelbagai kemudahan penyelidikan, disertai dengan peningkatan kualiti yang terbaik dalam pengajaran.

Bersama-sama ini, kita dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui suasana pembelajaran yang sesuai bersama-sama dengan panduan yang diberikan oleh pakar-pakar yang berpengalaman dan terlatih UPM. Bukan itu sahaja, semasa menikmati keajaiban yang dapat dirasai di persekitaran Edupark UPM, anda juga boleh memilih produk segar terus dari ladang pada harga yang berpatutan.

Kini segala-galanya sudah bersedia! Ia adalah masa untuk bermain, belajar dan kekal BERTENAGA!
Datang dan sertai program edu-pelancongan, yang direka khas oleh  eDU-PARK® UPM untuk anda!
 eDU-PARK® UPM adalah terbuka kepada orang awam / kanak-kanak sekolah.

Semua kakitangan PSP yang berdedikasi perlu mendapatkan maklumat terkini dan mengemas kini maklumat personel anda di laman web ini dan sistem UPM untuk mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan kepada pelanggan PSP. Pengurusan PSP benar-benar menghargai komitmen dan usaha di dalam mengekalkan komunikasi yang baik dengan pelanggan PSP.

 Budaya Membaca READ@ UNI

  • Jom lawati Sudut Bacaan Lantera ILMU PSP.
  • Pelbagai genre buku, kemudahan bacaan dan aktiviti disediakan untuk staf dan pelawat
  • LANTERA ILMU

 

 

artikel
Mesin pengasing pulpa mudahkan pengendalian buah dabai
Mesin pengasing pulpa mudahkan pengendalian buah dabai Rosnah (dua dari kiri) bersama pelajar pascasiswazah menunjukkan mesin pengasing pulpa yang dihasilkannya Buah dabai atau nama sainstifiknya Canarium odontophyllum adalah buah yang banyak terdapat di kepulauan Borneo seperti Sarawak, Sabah, Brunei, Kalimantan, Palawan dan Sumatra. Turut dikenali sebagai Zaitun Sarawak, buah berkenaan mempunyai dua kali musim dalam setahun iaitu antara bulan Mei hingga Jun dan Disember hingga Januari. Kawasan yang banyak terdapat buah dabai ialah di daerah Sibu, Sarikei, Kapit dan Limbang. Nama varieti setiap dabai adalah mengikut nama tempat di mana buah dabai dipetik. Di antara varieti yang popular seperti Dabai Song, Ngemah, Sarikei dan sebagainya. Tetapi superior clone adalah Dabai Lulong dan Dabai Laja. Bezanya adalah Laja berbentuk segi tiga dengan sisi cekung manakala Lulong lebih bulat atau cembung sisinya. Bagaimanapun, pengurusan dabai agak remeh dan memakan masa. Bagi mendapatkan isi dabai, ia perlu direndam dalam air panas dalam suhu 50 hingga 60 darjah celcius dan bukan air panas didih. Kemudian, dibiarkan sehingga isinya lembut dalam tempoh antara 10 hingga 20 minit. Setelah lembut barulah dabai boleh dimakan atau dimasukkan ke dalam masakan. Peka dengan permasalahan itu, penyelidik Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Rosnah Shamsudin, membangunkan mesin pengasing pulpa bagi memudahkan kerja-kerja pengasingan isi dilakukan, dinamakan Mesin Pengasing Pulpa. “Mesin ini direka khas untuk mengasingkan pulpa atau isi buah dari bijinya. “Mesin ini di rekabentuk supaya mudah alih, mudah dibersihkan, mempercepatkan proses pengasingan pulpa, menjimatkan masa dan tenaga serta mudah diselenggarakan. “Proses pengasingan secara manual biasanya mengambil masa yang agak lama dan renyah kerana perlu dibuat satu persatu. “Saiz buahnya yang kecil di antara tiga hingga empat sentimeter (cm) panjang dan dua hingga tiga cm lebar, menambah lagi cabarannya,” katanya. Proses mudah Daripada segi penggunaan, jelas Rosnah, buah dabai segar dimasukkan dalam drum berbentuk sangkar berjaring dengan muatan dabai separuh dari saiz drum. Suis dihidupkan dan laraskan kelajuan drum mengikut kesesuaian operator yang mengendalikan mesin. Di dalam drum disediakan bilah pengacau yang bertindak seperti pisau untuk menghiris pulpa dabai semasa proses drum berpusing. “Arah pusingan drum dan bilah pengacau boleh diubahsuai arah putaran sama ada dua-duanya berpusing pada arah yang sama atau berlawanan. “Terpulang kepada operator yang mengendalikan untuk memastikan pulpa telah terasing sepenuhnya dari biji dabai. “Pulpa dabai yang telah terasing akan berkumpul dalam dulang yang terdapat pada bawah drum manakala biji dabai akan tertinggal di dalam drum,” jelasnya. Sedia dikomersil Tambah Rosnah, inovasi yang dimulakan sejak tahun 2019 itu sudah pun bersedia untuk dikomersialkan. Ia selaras dengan perkembangan industri dabai yang telah mula berkembang dengan menghasilkan pelbagai produk seperti pes, sos, nasi goreng dabai, keropok, pelbagai kek dan biskut, mayonis dan pelbagai produk hiliran lain. Mengenai kepentingan pembangunan inovasi sedemikian katanya, sektor pertanian semakin berkembang untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap makanan kerana jumlah penduduk yang semakin bertambah. “Dalam konteks ini, Malaysia yang mempunyai ekonomi berasaskan pertanian, menyumbang dengan ketara kepada penjanaan produk daripada proses pengeluaran. “Dengan adanya teknologi yang mempercepatkan proses pengasingan pulpa dan mengurangkan penggunaan tenaga kerja yang ramai, ia dapat menjimatkan kos dan masa. Malah produk dihasilkan juga lebih bersih,” ujarnya. Selain buah dabai, mesin berkenaan turut boleh diaplikasikan dalam pengurusan buah-buahan berbiji lain seperti durian. “Teknologi ini dapat diterapkan di seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang menghasilkan atau pengeluar buah dabai, yang banyak terdapat di kepulauan Borneo seperti Sarawak, Sabah, Brunei, Kalimantan, Palawan dan Sumatra. “Teknologi ini juga berpotensi untuk diterapkan kepada penanam, penjual serta pengusaha industi kecil dan sederhana yang mana mereka memerlukan teknologi ini untuk menguruskan hasil dabai dan buah berbiji yang lain,” jelasnya. Artikel penuh, layari : Mesin pengasing pulpa mudahkan pengendalian buah dabai
Mesin pengasing pulpa mudahkan pengendalian buah dabai
Tingkat Teknousahawan dan Pengkomersilan Teknologi UPM
Tingkat Teknousahawan dan Pengkomersilan Teknologi UPM
Palm Oil Passive Arm Assist Exoskeleton
Palm Oil Passive Arm Assist Exoskeleton
Artikel-artikel lain...
berita
Lawatan Pengerusi LPU UPM ke Putra Science Park
Lawatan Pengerusi LPU UPM ke Putra Science Park
Serdang, 27 Mac - Putra Science Park UPM menerima kunjungan lawatan daripada Pengerusi LPU UPM, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo. Kunjungan tersebut disambut oleh pengurusan tertinggi Putra Science Park diketuai oleh, YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad bersama timbalan pengarah Bahagian Harta Intelek, Prof. Dr. Rusmawati dan timbalan pengarah Bahagian Promosi dan Pengkomersilan Inovasi, Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati.
pengumuman
Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
youtube.png
insta.png
blog.png
WWDeUA:20:00