19 Feb 2023 Serdang - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku sekretariat, akan menganjurkan Program Taklimat dan Pameran Public-Private Research Network 2.0 (PPRN 2.0)Zon Tengah bagi mengetengahkan kisah kejayaan industri-akademia hasil pelaksanaan projek PPRN terdahulu, taklimat PPRN 2.0, forum, serta taklimat insentif geran industri.
Program ini akan diadakan pada 22 Februari 2023 di Dewan Besar UPM Serdang Selangor dan bakal dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri KPT.
Penganjur menyasarkan jumlah kehadiran 1,000 orang tetamu termasuk tetamu kenamaan, agensi penerima geran (universiti, politeknik, agensi penyelidikan), industri, rakan media, orang awam warga KPT dan warga UPM.
Inisiatif Public-Private Research Network (PPRN) telah dilancarkan oleh KPT sejak tahun 2015 sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pembangunan ekonomi negara melalui inovasi dan pengkomersilan dengan pemberian geran kepada industri dan kerjasama akademia.
PPRN menggalakkan aktiviti inovasi berpacu permintaan industri ke arah memaksimumkan produktiviti. Pameran ini turut melancarkan PPRN 2.0. yang ditambahbaik merangkumi pindaan prosedur dan mekanisme pembiayaan projek.
Pengarah JK Pelaksana program ini, Prof Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman memaklumkan bahawa amanah sebagai penganjur program ini seharusnya diraikan dengan penuh rasa gembira dan tanggungjawab kerana program ini besar impaknya kepada UPM dan institusi pendidikan tinggi yang lain.
Pelbagai aktiviti dan perkongsian menarik akan diadakan menerusi
Pameran Kejayaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta 2.0 (PPRN) Zon Tengah anjuran UPM dan KPT merangkumi:
Date of Input: 20/02/2023 | Updated: 20/02/2023 | asrizam
Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia