SISTEM CPS TANGANI KEBAKARAN HUTAN PAYA GAMBUT | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » SISTEM CPS TANGANI KEBAKARAN HUTAN PAYA GAMBUT

SISTEM CPS TANGANI KEBAKARAN HUTAN PAYA GAMBUT

SERDANG, 25 Julai – Pejabat TDPI  Fakulti Kejuruteraan dan Putra Science Park UPM telah menganjurkan Sidang Media Inovasi bersempena Pameran Engineering Innovation & Exhibition (EIE) 2023 di Thinker Space, Fakulti Kejuruteraan UPM.

Sidang media ini mengetengahkan inovasi “Net-Peat: Estimation of Ground Water Level (GWL) for Tropical Peatland Forest Using Machine Learning” yang diketuai oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali dari Fakulti Kejuruteraan UPM.

Teknologi IoT ini akan membantu sistem amaran kebakaran kepada komuniti setempat, terutamanya semasa musim kering yang diintegrasikan bersama sistem lain seperti Fire Danger Rating System (FDRS).

Menurut Prof. Aduwati, teknologi yang dibangunkan adalah mesra kos kerana aksesnya adalah percuma. Sistem ini menawarkan proses pemantauan yang teliti dan nyata dari segi masa, keberkesanannya dalam mengesan tahap pengeringan air yang terkandung di bawah tanah sekali gus mengelak berlakunya kebakaran hutan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak media yang hadir iaitu Kosmo, Utusan Malaysia dan RTM serta beberapa wakil dari pihak industri.

Date of Input: 31/07/2023 | Updated: 31/07/2023 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDBA3~