SERDANG, 25 Julai - PSP membuka sesi perundingan dan kesedaran berkaitan hata intelek dan pengkomersilan kepada penyelidik di Fakutli Kejuruteraan UPM sempena Program Engineering Innovation & Exhibition (EIE 2023) anjuran Fakulti Kejuruteraan UPM.
Klinik IP dan Klinik Komersil telah dibuka bagi membantu penyelidik Fakulti Kejuruteraan di Thinker Space, Fakulti Kejuruteraan selama 3 jam melalui slot yang telah diperuntukkan.
Pendedahan berterusan mengenai IP yang akan dapat membantu meningkatkan pengkomersilan yang berkesan dan PSP sentiasa membantu penyelidik UPM.
Klinik IP menyediakan maklumat berkaitan Paten dan Selain Paten dikendalikan oleh Pn. Ashida Othman, Pegawai Sains dan Cik Farah Adilah Mohd Zairi, Pegawai Eksekutif PSP.
Klinik Komersil pula dikendalikan Pn. Wan Nuryani Wan Mohamed Rosly, Pegawai Eksekutif daripada Unit Pemindahan Teknologi PSP bagi meningkatkan pemahaman penyelidik mengenai proses pengkomersilan teknologi bersama pihak industri.
Sebanyak 5 permohonan IP baharu yang berpotensi telah dikenalpasti semasa sesi perundingan yang dijalankan dan diharapkan akan dapat mengikatkan pencapaian IP dan pengkomersilan teknologi UPM.
Date of Input: 31/07/2023 | Updated: 31/07/2023 | asrizam
Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia