LANGIT PUTRA RANGKUL TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN INOVASI KITAR SEMULA MPS 2023 | PUTRA SCIENCE PARK
» NEWS » LANGIT PUTRA RANGKUL TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN INOVASI KITAR SEMULA MPS 2023

LANGIT PUTRA RANGKUL TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN INOVASI KITAR SEMULA MPS 2023

 

CYBERJAYA, 4 September - Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Langit Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) telah merangkul tempat ke-3, Pertandingan Reka cipta Inovasi Kitar Semula peringkat Universiti, sempena Minggu Kualiti dan Inovasi anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sempena Cyberjaya Innovation Week (CIW) yang diadakan pada 4 dan 5 September 2023 bertempat di Semarak Hall, Cyberjaya.

 

Minggu Kualiti dan Inovasi merupakan program inovasi tahunan MPSepang bagi memberi peluang kepada setiap agensi kerajaan dan swasta, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS), penggerak inovasi dan pemain industri berteknologi tinggi bagi mengetengahkan produk inovasi mereka.

 

Kumpulan KIK Langit Putra UPM telah mengambil bahagian dalam dua pertandingan utama iaitu Pertandingan Inovasi Terbuka Majlis Perbandaran Sepang, Pertandingan Reka Cipta Barangan Kitar Semula Peringkat Universiti.

 

Projek yang diketuai oleh Asrizam Esam dari Kumpulan KIK Langit Putra mengetengahkan tiga peralatan yang terhasil daripada bahan buangan kaki gegantung terpakai sebagai inisiatif hijau iaitu SkyTider, SkyRidder dan SkyPatcher dan dinamakan sebagai PROMOTools.

 

Inovasi PROMOTools telah berjaya merangkul tempat ketiga bagi kategori Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam pertandingan Rekacipta Barangan Kitar Semula yang disertai lima projek inovasi lain.

 

Menurut Asrizam Esam, selain isu keselamatan staff, ia dapat membantu melaksanakan kerja dengan lebih efektif dan mudah. Idea kumpulan ini untuk menghasilkan ketiga-tiga peralatan promosi iaitu menggantung gegantung program dan membuang dawai lama atau serpihan gegantung pada tiang lampu, serta menampal poster pada panel reruai standard shell scheme dilihat membantu menambah baik proses kerja dan pelaksanaan kerja yang lebih efektif.

 

“Inovasi yang dihasilkan daripada bahan terpakai ini diharapkan dapat memudahkan proses kerja di samping menyokong kempen kesedaran alam sekitar,” tambah beliau.

 

Penganjurannya Minggu Kualiti dan Inovasi MPSepang kali ini bertemakan ‘From Waste to Wonder’ dengan objektif untuk mengenal pasti inovasi yang mampu milik, berimpak tinggi, mesra pengguna di samping mewujudkan generasi yang inovatif serta kreatif.

 

Turut hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Kualiti dan Inovasi ialah Tuan Yang Dipertua MPSepang, YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid Bin Hussain.

 

 

Oleh

 

Nor Azizah Ismail

Pegawai Eksekutif

Putra Science Park

Universiti Putra Malaysia

03-9769 2187

i_norazizah@upm.edu.my

Date of Input: 25/09/2023 | Updated: 25/09/2023 | asrizam

MEDIA SHARING

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDBAk~