Serdang, 31 Julai 2023 - Kejohanan Sukan Staf UPM (SUSTAF) 2023 merupakan acara tahunan yang menjadi platform bagi memupuk semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama staf di samping menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan staf.
Berbaki beberapa hari lagi SUSTAF 2023 berakhir, kontinjen Gabungan 5 (G5) yang terdiri daripada Putra Science Park dan 18 PTJ UPM lain cemerlang mengungguli tangga kedua daripada kedudukan keseluruhan.
Kontinjen G5 cemerlang dengan menjadi Johan bagi acara Ping Pong, Dart dan Futsal Lelaki. Manakala G5 muncul sebagai Naib Johan bagi acara Berbasikal dan Futsal Wanita.
Menurut ketua kontinjen G5, Mohammad Hisham Omar setiap acara yang disertai telah dilaksanakan dengan baik dan lancar oleh setiap atlet G5. Komitmen setiap ahli kontinjen diberikan secara cemerlang daripada 19 PTJ yang terlibat.
SUSTAF 2023 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Akademi Sukan UPM akan berlangsung bermula 10 Julai 2023 hingga 4 Ogos 2023.
Date of Input: 31/07/2023 | Updated: 31/07/2023 | asrizam
Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia