Kuala Lumpur, 22 Feb – UPM berjaya merangkul 2 pingat Emas, 4 pingat Perak, 3 pingat Gangsa dan 1 anugerah khas Association of British Inventors and Innovators sempena The International Expo on Inventions and Innovations – Malaysia Technology Expo 2020 di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 20 hingga 22 Februari 2020.
UPM telah menghantar 11 penyertaan bagi dua kategori iaitu Invention and Innovation Awards dan Public Service Innovation Awards pada pameran MTE 2020 kali ini yang turut disertai oleh universiti, agensi penyelidikan, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan, syarikat dan sekolah di dalam dan luar negara. Majlis perasmian MTE 2020 telah disempurnakan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof, Menteri Keusahawanan dan Pembangunan Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Nazlina (Fakulti Rekabentuk dan Senibina) kerana telah dianugerahkan pingat Emas dan anugerah khas Association of British Inventor and Innovation bagi teknologi , iaitu pakaian yang direka khas untuk orang kurang upaya fizikal dan bagi pengguna yang mungkin mengalami kesukaran dalam berpakaian. Ia mudah digunakan dan mempunyai petak khas untuk pek sejuk dan pek air kencing.
Tahniah juga diucapkan kepada semua penyelidik UPM yang telah dianugerahkan pingat Perak dan Gangsa pada MTE 2020;
Pemenang bagi Kategori Invention and Innovation Awards
Pemenang bagi Kategori Public Service Innovation Awards
Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 18/05/2022 | asrizam
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia