KUALA LUMPUR, 2 Okt - UPM melalui Putra Science Park mempamerkan inovasi makanan di pameran Food and Hotel Malaysia (FHM) 2019 di KL Convention Centre (KLCC) pada 24 hingga 27 September 2019 anjuran United Business Media (M) Sdn Bhd.
Produk Putra Creamery ice cream premix dan Ayam Akar Putra UPM di antara inovasi UPM yang diketengahkan kepada industri dan pelawat yang hadir. Produk hasil inovasi UPM ini adalah produk yang telah dikomersilkan oleh syarikat start-up UPM di bawah program Innohub.
Putra Creamery adalah inovasi pembuatan ais krim yang mudah dan cepat menggunakan tiga kaedah berbeza mengikut kaedah bancuhan tersendiri iaitu soft ice cream, hard ice cream dan drinks.
Ayam Akar Putra pula merupakan baka baharu yang dapat menghasilkan tumbesaran yang lebih cepat berbanding ayam sedia ada. Produk-produk ini telah dijual sempena FHM 2019 dan turut dijual oleh pihak syarikat kepada pengguna secara dalam talian. Selain itu, pelbagai produk komersil UPM lain berkaitan kesihatan, kosmetik, ternakan haiwan dan lain-lain turut dipamerkan di booth UPM selama pameran berlangsung.
FHM adalah merupakan pameran tahunan anjuran yang mengetengahkan produk dan inovasi penghasilan minumann dan makanan baharu yang turut menampilkan pelbagai demonstrasi masakan oleh chef selebriti seperti Datuk Chef Wan. Selebriti Fikry Ibrahim turut menjayakan program ini selaku duta rasmi Digital Media Partner FHM 2019
Penganjuran pameran makanan terbesar di Malaysia ini merangkumi sembilan dewan besar di KLCC yang menempatkan syarikat dan agensi dari dalam dan luar negara.
Menurut Hisham Omar, selaku pempamer booth PSP UPM, pameran ini mengetengahkan pelbagai variasi aneka makanan dan inovasi dari segi perkhidmatan yang berbeza dari dalam dan luar negara.
“Beberapa syarikat dan agensi luar telah menyatakan minat untuk mendapatkan kepakaran UPM di dalam teknologi makanan yang dapat membantu pihak industri untuk menyelesaikan masalah masing -masing”, katanya lagi.
Turut diadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti konferens, talk-show, pitching, business matching dan lain -lain.
Tarikh Input: 02/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | asrizam
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia