Staf PSP Wakili Petanque G5 Sukan Staf UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Staf PSP Wakili Petanque G5 Sukan Staf UPM

Staf PSP Wakili Petanque G5 Sukan Staf UPM

SERDANG, 26 Jun – Seramai 8 orang staf telah berjaya melayakkan diri ke peringkat pusingan bagi pertandingan petanque campuran sempena Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) 2023 bagi kotinjen Gabungan 5 (G5) iaitu Mohamad Nazirul Saffuan Bin Mat Halisan, Mohd Rashidi Bin Osman Nusi, Mohamad Haidir Bin Mohamed Noor dan Wan Mohd Hafiz bin Wan Baharuddin. Manakala, kumpulan wanita pula terdiri daripada Nur Mazrah Mat Isa, Suhaili binti Musa, Nor Azizah binti Ismail dan Farah Adilah Mohd Zairi.

Pengurus pasukan, Wan Mohd Hafiz Wan Baharuddin berkata Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) yang diadakan setiap tahun ini diharapkan dapat memupuk semangat kesukanan serta melahirkan pekerja yang berdaya saing secara sihat dalam aktiviti kesukanan.

G5 merupakan gabungan yang terdiri daripada Putra Science Park dan 18 PTJ UPM yang lain. Pada SUSTAF 2023, sebanyak 15 acara dipertandingkan termasuklah petanque campuran, bola tampar, futsal, badminton, bola jaring, kawad kaki dan banyak lagi.

Menurut Nor Azizah Ismail, penyertaan beliau dalam dalam SUSTAF kali ini merupakan pengalaman pertama beliau.

“Ini adalah pengalaman pertama saya menyertai acara petanque campuran. Saya berharap dengan keterlibatan ini, ia dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan diri saya dalam bidang sukan di samping dapat membantu kumpulan G5 untuk menjadi juara bagi SUSTAF tahun ini.

Kejohanan Sukan Staf Universiti Putra Malaysia akan berlangsung pada 10 Julai hingga 4 Ogos 2023.

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 27/06/2023 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDEAI~