Staf PSP Top 5 Penyumbang Tertinggi Profile Web UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Staf PSP Top 5 Penyumbang Tertinggi Profile Web UPM

Staf PSP Top 5 Penyumbang Tertinggi Profile Web UPM

SERDANG, 10 Jun  - Lima orang staf PSP disenaraikan sebagai 50 staff penyumbang tertinggi kandungan profile Laman Web Staf UPM bagi keseluruhan staf UPM bagi data sehingga Mei 2023. Profile laman web ini memaparkan maklumat pencapaian, resume, kegiatan, pencapaian serta artikel dan blog khas setiap staf UPM untuk dikongsikan kepada pembaca umum.

Kandungan laman web ini dapat membantu menghebahkan pencapaian staf UPM dan menonjolkan kepakaran yang dapat memberi sumbangan kepada UPM mahupun masyarakat. Profile ini bukan hanya boleh memaparkan aktiviti rasmi sahaja bahkan staf boleh berkongsi aktiviti santai dan aktiviti luar yang bersesuaian dengan pelawat web UPM.

Staf PSP yang tersenarai iaitu Asrizam Esam, Nor Azizah Ismail, Prof. Dr. Rusmawati Said, Wan Nuryani Wan Mohamed Rosly dan  Prof Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman turut tersenarai di dalam top 5 secara keseluruhannya. Penyumbang tertinggi bagi keseluruhan staf UPM didahului oleh Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik Kanan daripada Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP UPM.

Majoriti penyumbang utama PSP yang tersenarai adalah daripada Bahagian Promosi dan Pengkomersilan PSP dan juga Bahagian Harta Intelek. Aishah Hisamuddin yang juga bekas staf PSP turut tersenarai di dalam senarai top 50 penyumbang tertinggi.

Semoga pencapaian staf dan sumbangan maklumat di dalam laman web UPM ini akan dapat membantu meningkatkan lagi keterlihatan laman web dan juga personal staf UPM sendiri. Penyenaraian ini merupkan inisiatif yang amat baik bagi menggalakkan staf UPM untuk bergiat aktif di dalam penulisan sosial mahupun penulisan kepakaran di dalam bidang masing-masing.

Senarai keseluruhan 50 penyumbang tertinggi Profile laman web staf UPM ini boleh dicapai secara online melalui https://profile.upm.edu.my/featured/top50.html

 

 

 

Tarikh Input: 10/06/2023 | Kemaskini: 27/06/2023 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDCAp~