Siri 1 Roadshow Putra Science Park Ke Fakulti Sains, UPM 2024 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Siri 1 Roadshow Putra Science Park ke Fakulti Sains, UPM 2024

Siri 1 Roadshow Putra Science Park ke Fakulti Sains, UPM 2024

1 Februari 2024 – Tanggal 1 Februari 2024, Putra Science Park (PSP) telah memulakan siri pertama jelajahnya bagi Roadshow PSP ke seluruh Universiti Putra Malaysia. Fakulti Sains merupakan lokasi pertama bagi siri Roadshow PSP kali ini. Seramai 15 orang penyelidik dari Fakulti Sains telah menyertai Roadshow kali ini

Roadshow PSP ini bertujuan untuk meningkatkan permohonan harta intelek dan memaklumkan fungsi PSP dalam menyediakan perkhidmatan pemindahan teknologi universiti.

Prof. Dr. Rusmawati Said yang merangkap Timbalan Pengarah (Bahagian Harta Intelek) memulakan sesi pertama taklimat yang bertajukPerlindungan Harta Intelek diikuti dengan taklimat Pengkomersilan Harta Intelek’ oleh Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman (Timbalan Pengarah (Bahagian Promosi dan Pengkomersialan Inovasi). Penyelaras InnoHub PSP, Ts. Dr. Saiful Hasley Ramli turut hadir bagi memberikan taklimat berkenaan program InnoHub yang merupakan program pembangunan syarikat start-up bagi mengkomersilkan teknologi UPM. Diharap semua peserta mendapat manfaat dari siri jelajah ini.

Putra Science Park akan terus menjalankan aktiviti seumpama ini bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penyelidik dan memupuk minat untuk mengkomersilkan teknologi dan inovasi UPM. 

Tarikh Input: 01/02/2024 | Kemaskini: 01/02/2024 | nuradhilah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEdMAg~