Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2023 bertemakan Supercharge Your Way to Impact berlangsung pada 3 dan 4 Ogos 2023 bertempat di Connexion Bangsar South, Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut UPM telah menerima Anugerah Inovator Baharu dengan membawa pulang wang tunai RM130,000.00.
Syabas diucapkan kepada Prof. Ts. Ir. Dr. Suraya Abdul Rashid dari Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan (FK), yang juga merupakan Timbalan Pengarah Institut Nanosains dan Nanoteknologi (ION2) serta syarikat start-up di bawah program InnoHub PSP UPM, Qarbotech Sdn Bhd melalui produk Harvast Photosynthesis Enhancer.
Tarikh Input: 10/08/2023 | Kemaskini: 05/09/2023 | wannuryani
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia