Roadshow Putra Science Park (PSP) Ke Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Roadshow Putra Science Park (PSP) ke Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

Roadshow Putra Science Park (PSP) ke Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

9 Februari 2024. Roadshow Putra Science Park (PSP) ke Fakulti Pengajian Pendidikan telah diadakan tanggal 9 Februari 2024. Pengarah Putra Science Park, YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pengkomersilan Inovasi YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman,  Prof. Dr. Rusmawati Said yang merangkap Timbalan Pengarah (Bahagian Harta Intelek) telah memberi taklimat pada sesi kali ini.

Taklimat memfokuskan kepentingan perlindungan harta intelek serta manyampaikan maklumat berkenaan fungsi PSP dalam menyediakan perkhidmatan pemindahan teknologi universiti. Siri Roadshow ini akan diteruskan ke seluruh Universiti Putra Malaysia agar dapat meningkatkan kesedaran dan memupuk motivasi yang tinggi dalam kalangan penyelidik untuk mengkomersilkan teknologi dan inovasi UPM. 

Tarikh Input: 11/02/2024 | Kemaskini: 11/02/2024 | nuradhilah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEdPAr~