PSP Teroka Jaringan Industri Di Negeri Sembilan | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Teroka Jaringan Industri Di Negeri Sembilan

PSP Teroka Jaringan Industri Di Negeri Sembilan

NILAI, 23 Jun – Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi, Putra Science Park (PSP) UPM telah mengadakan jaringan industri sempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan yang diadakan di Dataran Nilai, Negeri Sembilan pada 22 hingga 25 Jun yang lalu.

Menurut Pegawai Eksekutif UPM, Puan Wan Nuryani Wan Mohamed Rosly, program tersebut sangat memberi impak positif dalam meningkatkan kerjasama erat di antara universiti dan para usahawan terutama dalam bidang penyelidikan.

“Putra Science Park selaku pusat pemindahan teknologi UPM sentiasa meneroka peluang kolaborasi dengan pihak industri dan para usahawan bagi mengkomersilkan pelbagai teknologi baharu yang tersedia untuk dikomersilkan terutamanya bagi memacu sektor pertanian dan melestarikan jaminan keselamatan makanan,” ujar beliau.

Turut mengambil bahagian dalam pameran tersebut adalah Agensi Tourism Malaysia yang memberi peluang kepada pelawat untuk mengambil peluang mewarnakan lukisan canting batik yang disediakan di reruai mereka.

Hari Peladang, Penternak & Nelayan tersebut mempamerkan pelbagai hasil jualan seperti produk pertanian, ternakan, anyaman, jualan produk makanan, produk kesihatan dan pelbagai lagi yang disertai oleh pelbagai syarikat SME berkaitan pertanian dan makanan.

Kepelbagaian syarikat dan juga industri kecil di Negeri Sembilan diharapkan akan dapat memberi ruang kepada UPM untuk menjalankan kerjasama. Diharapkan sesi jaringan industri ini akan dapat membuka peluang kepada UPM untuk mempromosi dan mengkomersialkan hasil teknologi terutamanya di dalam bidang pertanian dan makanan.

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 27/06/2023 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDCAY~