PSP, 29 Nov 2023- Mesyuarat Promosi bersama Sawipac Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat di Kluang Johor. Mengendalikan kerja berkaitan kejuruteraan khususnya dalam sektor kelapa sawit merangkumi fabrikasi bagi bidang pembuatan mesin, komponen mesin, pengurusan dan latihan. Produk dari Sawipac bukan sahaja telah dipasarkan di Malaysia malah turut dieksport ke negara jiran seperti di Indonesia, Filipina, Thailand, dan juga negara lain di Asia dan Afrika. PSP sentiasa menyokong usaha kerjasama pelesanan dan berkongsi kepakaran dengan pihak industri bagi memacu pembangunan negara khususnya dalam industri sawit. Kali ini teknologi ROTADISC - Mesocarp and Drupe Nuts Separator for Higher Oil Recovery oleh Prof. Emeritus Dr. Robiah Yunus telah diketengahkan.
Tarikh Input: 04/12/2023 | Kemaskini: 04/12/2023 | asrizam
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia