PSP Rangka Strategi Melalui Bengkel Pemerkasaan | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Rangka Strategi Melalui Bengkel Pemerkasaan

PSP Rangka Strategi Melalui Bengkel Pemerkasaan

 

SERDANG, 21 Julai – Putra Science Park  (PSP) telah berjaya merangka strategi baharu bagi memperkasakan perkhidmatan PSP kepada penyelidik, pihak industri dan orang awam selama dua hari bermula pada 20 dan 21 Julai 2022 di InnoHub PSP anjuran Unit Latihan PSP.

 

Menurut Profesor Ir. Dr. Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah PSP, Bengkel Pemerkasaan Putra Science Park ini dianjurkan bertujuan bagi merangka strategi bagi mencapai KPI yang telah ditetapkan dan menekankan peranan juga fungsi setiap bahagian dan seksyen supaya kerja dan tanggungjawab dapat diselesaikan dengan lebih berkesan dan cekap

 

Forum Santai Pemerkasaan PSP turut diadakan bersama tetamu kehormat iaitu Prof. Dr. Mohd Zamri Saad, Ketua Penyelidik vaksin STVac7,  Prof. Dr. Shuhaimi Mustafa, Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul dan Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan, Pengarah Pusat Penerbit UPM, bagi berkongsi pengalaman pengkomersilan masing-masing dan mencadangkan  penambahbaikan yang bersesuaian agar dapat meningkatkan lagi pengkomersilan dan perkhidmatan PSP.

 

 Forum telah dikendalikan Pn Noorhayati Fazlul Haque, Pegawai Tadbir PSP, selaku Moderator forum yang telah mengupas pandangan dan idea para panel jemputan forum.

 

Penutupan Bengkel Pemerkasaan Putra Science Park (PSP) juga telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) YBhg. Prof. Dr. Nazamid Saari yang turut berkongsi saranan dan hasrat supaya PSP dapat bergerak maju kehadapan dengan lebih cemerlang lagi.

 

Menurut Muhammad Amirin Sofi Mohd Hairuddin, Pegawai Eksekutif, Unit Perkhidmatan Latihan, bengkel ini telah disertai oleh semua staf PSP bagi mengupas isu dan cadangan penyelesaian supaya setiap permasalahan dapat di atasi dengan kerjasama semua staf.

Tarikh Input: 27/07/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFCXAu~