PSP PTJ Pertama Lawatan Rasmi NC UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP PTJ Pertama Lawatan Rasmi NC UPM

PSP PTJ Pertama Lawatan Rasmi NC UPM

oleh Asrizam Esam
Ketua Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi , PSP

SERDANG, 23 Nov – Putra Science Park (PSP) berbesar hati kerana telah terpilih sebagai PTJ UPM pertama di dalam Siri Lawatan Rasmi Naib Canselor UPM baharu, YBhg. Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah,  yang dilantik pada 2 Oktober 2023 yang lalu.

YBhg Dato VC bersama-sama pengurusan universiti YBhg. Profesor Dr. Zamberi Sekawi sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UPM, YBrs. Pn. Hjh. Izariahwati Mohd Isa Bursar UPM, YBrs. En. Muhammad Adil Ahmad Tajuddin, Penasihat Undang-undang UPM, dan YBrs. Prof. Madya Dr. Dahlia Zawawi, Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat UPM telah melawat PSP bagi penerangan dan perincian fungsi PSP dan pencapaian terkini berkaitan pengurusan inovasi, harta intelek dan pengkomersilan teknologi di UPM pada 27 Oktober 2023 yang lalu.

PSP berbesar hati dengan kunjungan rasmi YBhg. Dato' Profesor Naib Canselor yang sememangnya merupakan perintis pengurusan dan pengkomersilan inovasi di Universiti Sains Malaysia suatu ketika dahulu dahulu. Aspek pengurusan inovasi dan pengkomersilan serta pengalaman YBhg. Dato' Profesor Naib Canselor telah dikongsikan bersama warga PSP dan pengurusan UPM yang lain.

Ini juga merupakan faktor PSP telah terpilih sebagai PTJ pertama di dalam siri jelajah lawatan rasmi  YBhg. Dato' Profesor Naib Canselor ke PTJ di UPM di samping kepentingan inovasi serta teknologi UPM dalam memberi impak positif kepada industri dan masyarakat terutamanya di dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan.

YBhg. Dato' Profesor Naib Canselor telah menekankan halatuju UPM dan hasrat pihak KPT di dalam meningkatkan lagi hasil teknologi berimpak tinggi yang dapat membantu industri dan masyarakat.

  

YBhg Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah PSP telah membentangkan pencapaian 5 tahun PSP di dalam pengurusan harta intelek dan inovasi serta berkongsi isu dan solusi bagi mengatasi setiap permasalahan bagi meningkatkan lagi pencapaian pengkomersilan teknologi UPM.

Diharapkan lawatan dan perkongsian YBhg. Dato' Profesor Naib Canselor akan dapat meningkatkan kefahaman dan motivasi staf bagi menjayakan agenda pengkomersilan inovasi yang dapat menyumbang kepada kemajuan industri dan msyarakat Malaysia terutamanya.

Tarikh Input: 23/11/2023 | Kemaskini: 23/11/2023 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFCXAV~