PSP, Pejabat TNCPI Lepasi Penilaian Dalaman EKSA | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP, Pejabat TNCPI Lepasi Penilaian Dalaman EKSA

PSP, Pejabat TNCPI Lepasi Penilaian Dalaman EKSA

SERDANG, 13 September - Putra Science Park, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi telah berjaya melaksanakan Penilaian Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 13 September 2022 yang melibatkan seluruh entiti Pejabat TNCPI UPM termasuk PSP. 

Program Penilaian tahunan ini adalah merupakan penilaian kali pertama semenjak EKSA diperkenalkan pada bulan Ogos yang lalu setelah universiti mula kembali beroperasi secara fizikal akibat penutupan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. Akibat pandemik, pelaksanaan sistem ini ini terpaksa ditangguhkan beberapa kali.

Penilaian Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kali ini dijalankan oleh Auditor yang dilantik, En Zamre Bin Yaacob dan Cik Junizawati Binti Mohd Zin untuk membuat penilaian kriteria EKSA secara menyeluruh di Bangunan Putra Science Park dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi. 

Pelaksanaan EKSA digunakan untuk menilai kapasiti sesebuah PTJ bagi tujuan memenuhi keperluan semasa, meningkatkan persaingan antara agensi, identiti tersendiri, kekal relevan dan berimej baharu. 

Menurut Pn Norhidayah Mad Halid, Ketua Zon EKSA Putra Science Park,  di antara faedah mengamalkan Penilaian Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah untuk mengetengahkan imej korporat di samping memastikan persekitaran kerja kondusif dan bersih dapat dicapai, mengamalkan Go Green bagi mengelakkan pembaziran dan menggalakkan semangat berinovasi di antara pegawai. 

Seluruh warga PSP telah bertungkus lumus bagi memastikan setiap ruang pejabat mematuhi piawaian EKSA dan menghias pejabat secara kreatif dan inovatif. Pelbagai kreativiti dan inovasi daripada bahan buangan telah berjaya dihasilkan dan memberi manfaat semuala kepada warga PSP.

Mesyuarat Penutup Audit Penilaian Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)  dihadiri oleh seluruh kakitangan PSP selaku salah satu entititi di bawah pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Putra Malaysia.
Secara keseluruhan, Putra Science Park turut merekodkan markah penilaian yang cemerlang dan diharapkan semangat ini dalam kalangan warga kerja Putra Science Park dapat terus ditambah baik dari masa ke semasa. 

 

Tarikh Input: 13/09/2022 | Kemaskini: 23/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDCAS~