KUALA LUMPUR 20 Feb - PSP menganjurkan perkongsian pengalaman dengan topik mengenai pengkomersilan inovasi ke pasaran: cabaran & usaha kepada peserta Malaysia Technology Expo (MTE) 2020 di PWTC baru-baru ini.
Prof Madya Dr Wan Nurhayati Abd Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Promosi & Pengkomersilan Inovasi, (Pemangku Pengarah) PSP berkongsi pandangannya untuk menguruskan cabaran dalam mengkomersialkan Harta Intelek (IP) dan lembah maut; dalam menterjemahkan teknologi & inovasi menjadi produk yang berdaya maju.
Juga, bagaimana merapatkan jurang antara akademik dan industri untuk memastikan pengkomersialan yang berjaya; memberi impak di luar akademik untuk menyumbang kepada ekonomi yang diterajui oleh inovasi dengan model perniagaan yang mampan.
Putra Dynamic PSP UPM telah bergabung dengan Persatuan Pengurus Inovasi dan Teknologi (ITMA) Malaysia yang turut berkongsi platform dan objektif yang sama untuk mempromosikan pemindahan teknologi di kalangan penyelidik dalam program setengah hari bersempena dengan Malaysia Technology Expo (MTE) 2020.
Tarikh Input: 27/02/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | asrizam
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia