PSP Kongsi Kepakaran IP Polisi Dan Validasi Pasaran Di Botswana | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP Kongsi Kepakaran IP Polisi dan Validasi Pasaran di Botswana

PSP Kongsi Kepakaran IP Polisi dan Validasi Pasaran di Botswana

SERDANG, 25 Julai 2019 -  PSP berkongsi kepakaran IP polisi dan validasi pasaran di Botswana Accountancy College (BAC), Gaborone Campus, Bostwana pada 15 hingga 17 April 2019.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk membantu membangunkan polisi harta intelek dan validasi pasaran teknologi BAC.

Menurut Serty Leburu, Pengarah Eksekutif BAC,  merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi di wilayah Gabarone. 

Beliau berkata, "Program ini memberi panduan yang amat baik untuk diaplikasikan melalui polisi penyelidikan dan inovasi BAC". 

En Ahmad Zakir Dato Wira Jaafar, CEO Pengkomersilan PSP dan Prof Madya Dr Zahira Mohd Ishan, Timbalan Pengarah Bahagian Putra IP PSP, merupakan delegasi UPM yang telah berkongsi kepakaran harta intelek dan pengkomersilan kepada 27 orang peserta termasuk ahli pengurusan, pensyarah dan pentadbiran BAC.

Dr Zahira menegaskan, "BAC telah mengambil satu inisiatif penting untuk  memantapkan lagi ekosistem pemindahan teknologi dan pengkomersilan dengan membangunkan polisi IP mereka sendiri".

Perjalanan program telah diselaraskan oleh Hafliza Hussin, Pegawai Eksekutif, Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP dengan kerjasama pegawai BAC.

Menurut Hafliza Hussin, Pegawai Eksekutif, Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP, "Program ini merupakan kesinambungan daripada Program World Intellectual Property Organisation (WIPO) yang telah diadakan pada tahun lalu di Botswana.

Delegasi PSP turut dibawa melawat kawasan pusat pengkomersilan kraftangan Botswana untuk melihat salah satu hasil pelancongan Botswana yang menyumbang kepada ekonomi negara tersebut.

 

Tarikh Input: 25/07/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDEAC~