PSP FRIM Anjur Bengkel Lean Market Validation | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PSP FRIM Anjur Bengkel Lean Market Validation

PSP FRIM Anjur Bengkel Lean Market Validation

KEPONG 29/9/20 - Bengkel Lean Market Validation’  telah diadakan selama dua hari bermula dari 29 hingga 30 September 2020 di sini anjuran PSP dan FRIM.

Bengkel yang dihadiri seramai 25 orang peserta daripada penyelidik dan kumpulan pengurusan dan professional, dijayakan melalui Bahagian Inovasi dan Komersialisasi (ICD) dan Cawangan Latihan (CLP), FRIM, bertujuan mendedahkan para peserta kepada kaedah validasi inovasi dalam mengenal pasti sasaran pasaran bersesuaian bagi produk inovasi yang dihasilkan oleh institut tersebut.

“Para peserta didedahkan dengan ‘Lean Model Canvas’ (LMC) bagi menterjemahkan idea inovasi melalui proses validasi sebelum ianya boleh keluar ke pasaran dan bengkel ini merupakan platform terbaik dalam berkongsi pengalaman dan kepakaran bagi mengembangkan potensi produk inovasi untuk dikomersialkan oleh institut ini”, kata Adrian Joseph, Ketua Pegawai Eksekutif, Seksyen InnoHub, Bahagian Promosi dan Pengkomersilan PSP yang juga bertindak sebagai ketua jurulatih pada bengkel tersebut.

Tarikh Input: 27/10/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDHAs~