PUTRAJAYA, 24 Mac - Pensyarah Jabatan Mikrobilogi, Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik (AAN) Ke-14 di sini. AAN diberikan sebagai menghargai sumbangan ahli akademik yang menunjukkan pencapaian baik dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), penemuan ilmu baharu, penerbitan ilmiah dan perkongsian di media massa, penciptaan rekaan kreatif serta pemindahan dan pengembangan ilmu untuk komuniti dan masyarakat merentas benua.
Tokoh Akademik Negara kali ini turut diraih Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail daripada USM.
Juga menerima anugerah yang masing-masing meliputi enam kategori lain ialah sejumlah sembilan pensyarah lagi daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) awam tempatan. Sejak diperkenalkan pada 2006, sebanyak 86 orang telah dinobatkan anugerah AAN.
Majlis penyampaian anugerah berprestij itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Pemilihan Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah adalah berdasarkan jasa dan sumbangannya kepada industri ternakan ayam menjadikannya Pensyarah Houghton ke-3 oleh Houghton Trust yang berpangkalan di UK (2001), Hadiah Carlos J Finlay (2005) untuk Kerja Berjasa dalam Mikrobiologi dan Pingat Albert Einstein oleh UNESCO.
Tarikh Input: 20/04/2022 | Kemaskini: 30/09/2022 | aishah
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia