Penyelidik PSP Terima Anugerah ‘Productivity Champion’ 2022 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Penyelidik PSP terima Anugerah ‘Productivity Champion’ 2022

Penyelidik PSP terima Anugerah ‘Productivity Champion’ 2022

SERDANG 10 Sept 2022 – Pegawai Penyelidik PSP, Asrizam Esam dari Seksyen Promosi dan Pemasaran Inovasi PSP, Universiti Putra Malaysia telah menerima anugerah “Productivity Champion” bagi kategori “Practitioner” yang diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 1 Ogos 2022 yang lalu di atas sumbangan cemerlang di dalam aktiviti berkaitan inovasi.

Anugerah pengiktirafan MPC ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang bergiat aktif dalam memacu agenda peningkatan produktiviti di peringkat negara, industri dan organisasi. Asrizam, yang kini Pegawai Penyelidik Kanan , Putra Science Park telah berkhidmat selama 18 tahun di UPM dan giat mempromosi serta memasarkan hasil penyelidikan dan inovasi UPM kepada pihak industri dan masyarakat umum.

Beliau bergiat aktif di dalam penghasilan inovasi baharu di dalam bidang promosi dan pengiklanan yang berjaya menghasilkan pelbagai inovasi iaitu Skyridder, Skytider, Aircon S.O.S, BoBunting, Recycle Bunting Carrier (RBC), Ezi-SPK dan Robo-Arah. Kebanyakkan inovasi yang dibangunkan adalah berbentuk teknikal dan mekanikal yang dapat menyelesaikan masalah teknikal khusus di dalam aktiviti promosi yang dapat menjimatkan masa dan kos, meningkatkan kecekapan serta keselamatan staf bagi setiap aktiviti kerja yang dilaksanakan.

Inovasi yang dicipta telah mendapat 6 perlindungan harta intelek,  11 hebahan media, 3 jurnal ilmiah, buku  serta meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat UPM, kebangsaan dan antarabangsa seperti Par Excellence Award- International Convention on Quality Control Circles (ICQCC-2021) Hyderabad, India, Emas-Malaysia Invention & Innovation Expo 2022, Emas- Annual Productivity & Innovation Conference MPC 2020, Emas -Regional Convention on Team Excellence (RISTEX), Emas- Konvensyen KIK Universiti Awam 2019 dan 2018.

 

Projek inovasi telah dijalankan secara berterusan melalui beberapa pasukan inovasi yang diketuai iaitu Kumpulan Inovatif dan Kreatif Langit Putra, Putranovasi, LP1.0, LP2.0, dan 1RIA4U termasuk secara individu. Beliau kini aktif di dalam pengurusan inovasi termasuk memberi perkongsian serta pembentangan kreatif dan inovatif kepada staf baharu UPM dan turut menjadi juri pertandingan inovasi peringkat UPM.

Pengiktirafan ini juga merupakan salah satu inisiatif untuk mempercepat peningkatan produktiviti yang diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 serta menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi. MPC berharap agar lebih ramai individu yang akan memperoleh anugerah ini pada masa akan datang. Semoga pengiktirafan yang diperoleh di kalangan staf Pengurusan dan Profesional UPM ini akan dapat menyuburkan lagi budaya kreativiti dan inovasi yang akan dapat meningkatkan produktiviti, tahap kecekapan dan juga perkhidmatan kepada pelanggan UPM.

Tarikh Input: 14/09/2022 | Kemaskini: 15/09/2022 | aishah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDHAD~