PAMERAN EIE FK 2023 PAMER 37 INOVASI BAHARU UPM | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » PAMERAN EIE FK 2023 PAMER 37 INOVASI BAHARU UPM

PAMERAN EIE FK 2023 PAMER 37 INOVASI BAHARU UPM

Serdang, 25 Julai - Program Engineering Innovation & Exhibition (EIE 2023) anjuran Fakulti Kejuruteraan UPM yang bermula pada tahun 2014 merupakan salah satu usaha untuk memupuk peluang kerjasama yang berkesan dan menyeluruh dalam kalangan penyelidik dan pemain industri.

Tema program EIE pada tahun ini ialah "Produk Kejuruteraan Berdaya Tahan" yang bertujuan untuk menggalakkan pembangunan teknologi dan penyelidikan yang mampan dan mempamerkan 37 teknologi baharu yang dapat memberi manfaat besar kepada masyarakat dan negara.

Melalui penganjuran program ini, Putra Science Park (PSP) UPM turut serta dalam mengadakan Klinik Pakar Harta Intelek dan Klinik Pakar Komersil bagi memberikan pemahaman jelas berkaitan proses permohonan dan pengkomersilan harta intelek serta kolaborasi bersama pihak industri.

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFCXAz~