Majlis Menandatangani Perjanjian Perlesenan Antara UPM & Astera Food Sdn Bhd | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Majlis Menandatangani Perjanjian Perlesenan antara UPM & Astera Food Sdn Bhd

Majlis Menandatangani Perjanjian Perlesenan antara UPM & Astera Food Sdn Bhd

Pada 6/2/2024, Selasa, perjanjian perlesenan antara UPM & Astera Food Sdn Bhd bagi pelesenan harta intelek ‘Cold Pasting as A Preprocessing Method to Increase The Yield of Freeze-Dried Cosmos Caudatus (Ulam Raja) Leaves’ hasil penyelidikan Dr. Ahmad Haniff bin Jaafar dan kumpulan penyelidiknya dari Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan, telah dimeterai.

Majlis Menandatanganani dan Pertukaran Dokumen tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Putra Science Park YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj. Kamarul Arifin Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Promosi dan Pengkomersilan Inovasi YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman, CEO Astera Food Sdn Bhd serta beberapa wakil syarikat.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas kejayaan ini. Putra Science Park mengucapkan selamat maju jaya kepada Astera Food Sdn. Bhd. Bagi membawa inovasi ini ke peringkat pengkomersilan yang lebih tinggi.

Tarikh Input: 11/02/2024 | Kemaskini: 11/02/2024 | nuradhilah

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXEdJAo~