Longe Medikal Bantu Hasilkan 5,000 Pelindung Muka | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Longe Medikal bantu hasilkan 5,000 pelindung muka

Longe Medikal bantu hasilkan 5,000 pelindung muka

SERDANG – Syarikat Longe Medikal Sdn Bhd akan turut berkolaborasi dengan 30 pakar dan sukarelawan UPM yang lain dalam menghasilkan sekurang-kurangnya 5,000 pelindung muka bagi kegunaan petugas perubatan di hospital berdekatan.

Projek penghasilan pelindung muka tersebut dijalankan bertujuan untuk membantu membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia dengan menitikberatkan reka bentuk yang memenuhi keperluan perlindungan terbaik kerana ujian ketahanan, keberkesanan dan reka bentuk telah dijalankan di beberapa hospital dengan bantuan maklum balas pengguna oleh pihak NGO.

Syarikat Lounge Medikal Sdn Bhd merupakan syarikat startup bimbingan InnoHub Putra Science Park Universiti Putra Malaysia dan telah mengkomersilkan teknologi dan inovasi sistem percetakan 3D dalam bidang perubatan.

Sehubungan itu, bagi membantu menangani penularan wabak COVID-19 ini, Ketua Pegawai Eksekutif Lounge Medikal Sdn Bhd, Muhammad Izzat Sabri menyatakan hasrat untuk menggunakan kepakaran dan fasiliti di syarikat mereka untuk menghasilkan pelindung muka tersebut.

Walaubagaimana pun, Izzat Sabri berharap sekiranya terdapat insentif bahan mentah yang dapat diberikan kepada pihaknya bagi memudahkan penghasilan pelindung muka dalam kuantiti yang lebih besar bagi kegunaan pihak hospital.

Tarikh Input: 30/03/2020 | Kemaskini: 26/11/2020 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDLAX~