KSK PTNCPI MARTABAT PENYAJAK SEMPENA SEMARAK HARI MALAYSIA | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » KSK PTNCPI MARTABAT PENYAJAK SEMPENA SEMARAK HARI MALAYSIA

KSK PTNCPI MARTABAT PENYAJAK SEMPENA SEMARAK HARI MALAYSIA

Oleh Nor Azizah Ismail
Pegawai Eksekutif, Putra Science Park.

SERDANG, 15 September - Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Pejabat TNCPI memartabat penyajak di kalangan staf Pejabat TNC (Penyelidikan dan Inovasi), PSP dan RMC UPM melalui Pertandingan Menulis Sajak Kemerdekaan 2023 bersempena Program Sambutan Semarak Hari Malaysia 2023.

 

Johan Pertandingan Menulis Sajak Kemerdekaan telah disandang oleh Wan Nuryani Wan Mohamed Rosly, Pegawai Eksekutif daripada PSP dengan sajak Merdeka Sampai Awan, manakala, Naib Johan disandang oleh Wan Mohd Hafiz Wan Baharuddin, Pejabat TNCPI dengan sajak Harapan. Tempat ketiga dianugerahkan kepada Muhammad Rahimi Deraman, PSP melalui sajaknya Perpaduan Kekitaan Buat Watan.

 

Pertandingan ini telah di anjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Sudut Bacaan Lantera Ilmu Putra Science Park (PSP) telah menganjurkan Program Semarak Hari Malaysia 2023 Peringkat Pejabat TNCPI yang diadakan pada 15 September 2023 di Putra Science Park.

 

Selain itu, tiga anugerah khas turut didedikasikan bagi penulisan sajak yang telah dipilih oleh juri. Anugerah Pemuisi Harapan telah dirangkul oleh Nor Azizah Ismail dengan sajak bertajuk Langit Biru Tanah Merdeka, Anugerah Pemuisi Patriotik dirangkul oleh Mohammad Hisham Omar dengan sajaknya Merdeka? dan Anugerah Pemuisi Terunik disandang oleh Noor Fadilah Ayu Wichi dengan tajuk sajak Ibu - Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

 

Pertandingan telah di adili oleh Pemuisi Zainal Abdul Kadir, mantan staf Pusat Pengurusan Penyelidikan UPM dan merupakan Penerima Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2019 bagi Anugerah Utama manakala Asrizam Esam, Pegawai Penyelidik PSP merupakan juri bagi Anugerah Khas.

 

Menurut Asrizam Esam, gabungan penulis berpengalaman dan penulis pemula juga telah memeriahkan lagi sayembara kita ini.

 

“Seni penulis pemula masih boleh diasah lagi, bertatih dan berlatihlah menulis, barulah kesempurnaan atas kepuasan diri akan dapat dikecapi. Moga puisi-puisi yang malar segar akan terus dapat dihasilkan lagi dan tidak hanya terhenti disini,” katanya lagi.

 

Program ini telah diadakan bagi mencungkil bakat penulisan sastera dalam kalangan staf Pejabat TNCPI. Seramai 14 penyajak telah mengambil bahagian menghasilkan penulisan sajak yang mengangkat tema “Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan". Pemenang utama telah menerima hadiah wang tunai, sijil dan buku Antologi Puisi Retak Pertujuh Kebun Puisi.

Menurut Presiden KSK Mohammad Hisham Omar, sambutan Semarak Hari Malaysia KSK diraikan untuk meningkatkan semangat patritisme dikalangan staf dan memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Pada tahun ini, slogan "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” telah diangkat menjadi tema Hari Malaysia 2023 yang bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan antara rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi meningkatkan semangat Malaysia di antaranya nyanyai lagu-lagu patriotik, kuiz Malaysia, persembahan deklamasi sajak dan muzik dan pelbagai lagi.

 

Majlis tersebut telah berlangsung dengan penerapan bahasa bersastera dan diserikan dengan acara deklamasi sajak pemenang oleh Duta Lantera Ilmu, Miza Aina Zairul Anuar dan persembahan duo deklamasi sajak Hidup Bersama, A. Samad Said yang telah disampaikan oleh Mohd Rusdy Hasan diiringi gesekan biola Rahimi Deraman.

 

Tarikh Input: 25/09/2023 | Kemaskini: 23/11/2023 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFCWAR~