KSK PTNCPI Anjuran Kejohanan Boling Tertutup | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » KSK PTNCPI Anjuran Kejohanan Boling Tertutup

KSK PTNCPI Anjuran Kejohanan Boling Tertutup

Serdang, 27 Jun – Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) akan menganjurkan Pertandingan Boling Kelab KSK 2023 pada 30 Julai 2023 bertempat di Garden Ball Superbowl Sdn Bhd, Bangi.


Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pelajar dan staf KSK yang berminat dan berhasrat untuk mengembangkan potensi dalam permainan boling.

Presiden Kelab KSK, Mohd Hisham Omar berkata pertandingan boling ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturahim sesama staf di samping menerapkan amalan budaya hidup sihat dalam kalangan staf dan pelajar serta menjalinkan perpaduan sesama kaum.

“Bagi pertandingan boling ini, kami menerima penyertaan yang di luar jangkaan. Saya amat berharap agar pertandingan ini meningkatkan semangat berdaya saing secara sihat di antara semua peserta,” tambah beliau.
Butiran pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh : 30 Julai 2023 (Ahad)
Masa : 2:00 petang (Pertandingan bermula jam 3:00 petang)
Bayaran yuran penyertaan :RM20.00 (Seorang, 2 frame)
Tempat: Garden Ball Superbowl Sdn Bhd
Lot A 3-2, 3rd FloorBlock A, Bangi Gateway Persiaran, Pekeliling, Seksyen 15,43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Bersama-sama ini dilampirkan poster program serta pautan google form https://forms.gle/nzdbsjrz2VMQ4avY9 bagi pendaftaran Pertandingan Boling Kelab RIC 2023.

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 27/06/2023 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDIAr~