KIK Langit Putra PSP Kongsi Pengalaman Pembangunan Inovasi Di FPP | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » KIK Langit Putra PSP Kongsi Pengalaman Pembangunan Inovasi di FPP

KIK Langit Putra PSP Kongsi Pengalaman Pembangunan Inovasi di FPP

SERDANG, 23 Jun - Ketua Pasukan KIK  PSP berkongsi kaedah pembangunan inovasi melalui kaedah  Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kepada staf Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) UPM yang terdiri daripada pegawai profesional dan pelaksana.

 Asrizam Esam selaku ketua kumpulan KIK Putra Science Park- TNCPI iaitu Langit Putra telah berkongsi pengalaman dan kaedah pelaksanaan aktiviti yang telah dijalankan oleh Langit Putra.

Sesi perkongsian ini telah diadakan di Putra Future Classroom FPP, yang dihadiri seramai hampir 30 peserta. Sesi perkongsian pelaksanaan gerak kerja inovasi dan kreatif ini adalah hasil inisiatif yang telah dijalankan oleh Ketua Penolong Pendaftar Fakulti Pengajian Pendidikan, iaitu Puan Norizajune Abu Bakar yang berhasrat untuk menjadikan aktiviti KIK sebagai budaya inovasi bagi FPP yang turut dapat diketengahkan di Hari Kualiti dan Inovatif Perkhidmatan (HKIP) UPM tahun ini.

Beliau berharap warga FPP akan dapat menubuhkan pasukan KIK bagi mengatasi masalah yang ada di fakulti melalui kaedah inovasi dan seterusnya menyertai HKIPbagi tahun ini.

Menurut Asrizam, perkongsian kejayaan pasukan KIK Langit Putra diharap akan dapat memberi motivasi dan suntikan semangat kepada warga fakulti untuk terus giat menghasilkan idea baru, menyeleasikan masalah, dan menjana inovasi bagi membantu meningkatkan kreativiti dan juga produktiviti di FPP.

Outputnya adalah bagi meningkatkan kepuasan pelanggan FPP berdasarakan produktiviti yang meningkat. Penglibatan lebih banyak warga UPM ke arah penghasilan inovasi baharu akan turut meningkatkan penjanaan harta intelek baharu yang dapat dikomersialkan dan akan dapat membantu Universiti mencapai Sasaran KPI pengkomersialan yang turut disumbangkan oleh pegawai profesional dan pelaksana di UPM

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 27/06/2023 | asrizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFDCAo~