Industri Puji IBS Innovation Open Day 2014 | PUTRA SCIENCE PARK
» BERITA » Industri Puji IBS Innovation Open Day 2014

Industri Puji IBS Innovation Open Day 2014

SERDANG 10 April 2014 -  Pihak industri memuji usaha yang telah dilakukan oleh UPM di atas penganjuran Innovation Open Day yang bertemakan bioteknologi dan akuakultur di Institut Biosains yang lalu.

Walaupun baharu memasuki penganjuran IOD kali kedua selepas IOD pertama bertemakan ICT, penganjuran kali ini telah menarik lebih ramai industri dari sektor bioteknologi dan akuakultur.

Menurut En Ahmad Zakir Dato` Wira Jaafar, CEO Pengkomersilan Putra Science Park UPM, diharapkan usaha penganjuran IOD ini akan dapat membuka mata pihak syarikat terhadap kesungguhan UPM unutk menjalinkan kerjasama dengan pihak industri untuk mengkomersilkan lebih 1000 teknologi R&D UPM.

Sehingga kini sebanyak 67 teknologi telah berjaya dikomersilkan kepada syarikat tempatan dan antarabangsa dengan  hasil jualan kasar keseluruhan mencecah sehingga RM 35.5 juta.

En Chan Kim Wei selaku Penyelaras Inovasi IBS telah mengetengahkan 12 teknologi baharu dan 22 kepakaran UPM di dalam bidang bioteknologi dan akuakultur. Beliau mengharapkan penganjuran IOD ini akan dapat meningkatkan lagi usaha pengkomersilan teknologi UPM yang akan dapat memberi impak terhadap kemajuan dan pembangunan Negara.

Pameran teknologi dan kiosk kepakaran turut diadakan bagi memberi kefahaman yang jelas kepada pihak industri yang hadir disamping penerangan teknologi yang telah disampaikan. Penganjuran IOD ini akan diadakan secara berterusan agar peluang  pengkomersilan dapat dijayakan sepenuhnya dengan bantuan pihak industri yang berminat.

Pihak industri/syarikat/usahawan yang berminat untuk menyertai IOD UPM boleh berhubung di talian 03-8947 1254 atau emel pameran@upm.edu.my


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

PUTRA SCIENCE PARK
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97691849
03-89464121
SXFCXAZ~