Merekabentuk dan membangunkan sebuah teknologi tanaman bertingkat @VERSMAP bagi meningkatkan pengeluaran Azolla Pinnata sebagai sumber makanan haiwan. Dengan teknologi VERSMAP, maka pengeluaran Azolla dapat ditingkatkan kepada 4 kali ganda. Dimana sebanyak 900kg Azolla dapat dihasilkan sebulan bagi setiap sebuah VERSMAP. Ini dapat menampung bekalan makanan hamper sebanyak 3000 ekor itik. Jadi dengan peningkatan bekalan Azolla maka masalah bekalan makanan dapat diatasi. Begitu juga dengan kos makanan ternakan dapat dijimatkan sehingga 50%.
Azolla Pinnata merupakan makanan alternatif bagi haiwan ternakan seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya. Azolla adalah sejenis tumbuhan yang terapung diatas permukaan air dimana akarnya tengelam dalam air. Azolla mengandungi kandungan protein yang tinggi iaitu 20-24% dan amat sesuai menjadi makanan ternakan. Kebanyakan penternak di daerah Kelantan telah menanam sendiri Azolla sebagai sumber makanan haiwan ternakan mereka. Tetapi bekalan Azolla dari kaedah tanaman penternak sekarang, masih tidak mencukupi untuk menampung bekalan Azolla. Dengan kaedah sekarang, Azolla ditanam dengan cara menggunakan takungan air iaitu dengan membina kolam atas tanah seperti Rajah 2. Dengan kaedah ini, penternak hanya memperolehi 30kg Azolla untuk setiap keluasan 10m2 bagi tempoh sebulan iaitu hanya mencukupi untuk bekalan makanan bagi 200 ekor itik sahaja. Sekiranya tanaman ini dapat dihasilkan dengan banyak dan mudah, penternak dapat memperolehi sumber protein yang mencukupi dan murah untuk dijadikan makanan ternakan itik.
Penyelidik;
Prof. Madya Dr Rosnah Shamsudin
Jabatan Kejuruteraan Proses & Makanan, Fakulti Kejuruteraan
Tel : 03-97696366
Emel : rosnahs@upm.edu.my
Artikel oleh /Article by :
Asrizam Esam
Pegawai Penyelidik
Putra Science Park UPM
Date of Input: 14/11/2019 | Updated: 26/11/2020 | asrizam
Office of the Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor, Malaysia