PECIPTA 2017 - Pameran & Pertandingan R&D

International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA) merupakan program dwi tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi bersama-sama dengan universiti terpilih sejak tahun 2001. Kali ini, PECIPTA diselia oleh UMT dan UNISZA dan akan diadakan sepertimana berikut ;

Tarikh : 7 - 9 Oktober 2017

Tempat : Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu

UPM akan menghantar 20 penyertaan bagi menyertai PECIPTA 2017. Dan dijemput semua penyelidik UPM yang layak untuk menyertai PECIPTA 2017.

  • Borang Penyertaan UPM - NO. 158 Pameran PECIPTA
  • Syarat permohonan 
    1. Penyelidikan mempunyai perlindungan harta intelek (paten/copyright/ID/dll) - hak milik UPM;
    2. Sekurang-kurangnya mendapat pingat Gangsa di Pameran Rekacipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) UPM / Malaysia Innovation Expo UPM (MIExpo) / peringkat Universiti Awam;
    3. Mempunyai potensi untuk dikomersilkan
    4. Dapat hadir disepanjang hari pameran berlangsung (bermula dari 6 hingga 9 Okt 2017)
    5. Belum pernah menyertai PECIPTA sebelum ini


Semua penyertaan akan disaring oleh panel. Penyertaan hendaklah dihantar melalui pejabat TDPI/Pengarah sebelum atau pada 15 Jun 2017 (1.00 tgh).
Maklumat lanjut berkaitan PECIPTA, kriteria pemarkahan dan kategori penyertaan, sila layari web PECIPTA 2017Penyertaan perlulah dihantar ke Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi)/Pejabat Pengarah di PTJ masing-masing.

 

Sebarang pertanyaan hubungi, sekretariat UPM;

Pn. Hafliza Hussin
Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi
Putra Science Park (PSP) 
Tel : 03-8947 1254.