Dana Promosi Produk


Dana/Geran Promosi Produk terbuka kepada penyelidik UPM bagi membangunkan teknologi UPM dari segi pembungkusan produk, naik taraf pakej, atau prototaip bagi tujuan promosi kepada industri dan pelabur. 

Teknologi mestilah telah mendapat perlindungan harta intelek dan mempunyai potensi untuk dikomersilkan.

Geran adalah bagi program jangka pendek dan dana boleh dipohon sehingga RM20,000 setiap projek.

>> Muat turun Borang dan Garis Panduan

Maklumat lanjut:

Bahagian Promosi dan Pemasaran Inovasi
Putra Science Park (PSP)
Tel : 03-8947 1254