Proses Pengkomersilan

PSP yakin terhadap manfaat dan kepentingan pemindahan teknologi dalam mengkomersilkan teknologi UPM dengan menggalakkan kerjasama penyelidikan dengan pihak industri sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
PSP memulakan dan mewujudkan interaksi, pembentangan dan rundingan dengan pelbagai industri bagi pihak UPM dengan penglibatan penyelidik.

Ia adalah misi PSP untuk memindahkan teknologi dari makmal ke pasaran yang akan memberi manfaat kepada masyarakat.
PSP bekerjasama dengan penyelidik UPM untuk menarik pihak  korporat yang boleh membawa teknologi dan penemuan kepada pasaran melalui perjanjian pelesenan teknologi.

 

Kaedah Pengkomersilan teknologi UPM kepada Industri (Syarikat) adalah melalui ;

 

1) Pelesenan Harta Intelek UPM
     (paten/rekabentuk industri/hakcipta/cap dagangan/know-how/rahsia dagangan)

  • Jenis Lesen: Eksklusif  atau  Non-eksklusif
  • Kos terlibat (kepada pihak syarikat): Yuran Pelesenan (one-off) dan Royalti (tahunan) 
    (hasil pendapatan ini akan diagihkan kepada UPM dan kumpulan penyelidik terlibat)

2) Penjualan Harta Intelek (IP)

  • Penjualan hak milik harta intelek UPM kepada pihak syarikat
  • Kos terlibat: Nilai Jualan IP
    (hasil pendapatan ini akan diagihkan kepada UPM dan kumpulan penyelidik terlibat)

 
Semua kolaborasi pengkomersilan teknologi UPM adalah melalui dua kaedah tersebut di atas yang akan dimetrai melalui dokumen perjanjian pelesenan.

Penyelidik boleh membuat perhubungan awal dengan syarikat yang berpotensi dan perbincangan perundingan selanjutnya bagi memperincikan kaedah kerjasama pengkomersilan akan diaturkan oleh pihak PSP.

Selain itu, PSP-UPM turut membangunkan syarikat start-up bagi mengkomersilkan hasil teknologi UPM.
Penyelidik, pelajar, dan usahawan yang terpilih akan terlibat bagi membangunkan penubuhan syarikat start-up ini di bawah Program InnoHub UPM (rujuk link bagi peluang penubuhan syarikat start-up).

Hubungi Unit Pemindahan Teknologi PSP, bagi mengetahui lebih lanjut.