Perundingan Pengkomersilan

Dalam proses pengkomersilan harta intelek atau teknologi UPM, perbincangan awal boleh dilakukan oleh penyelidik bersama industri (sebaiknya dengan kehadiran wakil daripada PSP).

Selanjutnya, PSP akan mewakili UPM bagi proses perundingan kaedah perjanjian pelesenan teknologi dan cadangan penetapan yuran pelesenan dan royalti.

PSP berusaha untuk memastikan bahawa keperluan dan kepentingan UPM dan penyelidik dipenuhi.

 



Menjadi tanggungjawab PSP ;

  • menjaga kepentingan dan nilai inovasi penyelidikan UPM,
  • menjaga kebebasan akademik, integriti saintifik, pelanjutan ilmu pengetahuan dan pertukaran idea serta maklumat.

PSP akan sentiasa berbincang dengan penyelidik di dalam setiap keputusan yang akan dicadangkan. 

Penglibatan Ketua Penyelidik dan kumpulan penyelidik amat penting di dalam memastikan proses pengkomersilan berjaya dilaksanakan 

Semua perkara yang berkaitan dengan pengkomersilan hasil penyelidikan yang melibatkan penyelidik UPM dengan mana-mana industri / syarikat perlu merujuk kepada Pengarah PSP.