Dana : Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
"Demand –Driven Innovation Project" oleh Rangkaian Penyelidikan Awam-Swasta atau PPRN, adalah satu inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan Malaysia; sebagai salah satu strategi untuk merapatkan jurang ilmu teknologi,
meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pembangunan ekonomi Malaysia melalui program-program inovasi dan pengkomersilan.
Objektif
- Mengukuhkan sambungan rangkaian awam swasta melalui inovasi penyelidikan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Penyelidikan Awam (PRI) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS);
- Meningkatkan produktiviti PKS melalui penyesuaian state-of-the-art atau teknologi yang sesuai;
- Menggalakkan penyertaan ahli akademik untuk menjalankan penyelidikan berdasarkan permintaan
Maklumat lanjut dan permohonan https://www.mohe.gov.my/redesigning-higher-education/inisiatif-penyelidikan/pprn