| PUTRA SCIENCE PARK

Pengurangan Penggunaan Air melalui Polimer Superabsorbent

Ringkasan Artikel

Pengurangan Penggunaan Air melalui Polimer Superabsorbent

Perapi tanah yang dipanggil polimer superabsorbent mempunyai potensi dalam mengurangkan keperluan pengairan  tanaman pertanian dengan menyimpan air dan nutrien, dan dilepaskan pada keadaan kemarau, menurut kajian disiarkan dalam Pertanika Journal Sains Pertanian Tropika (JTAS).

Kemarau adalah tekanan terbesar abiotik yang boleh mengurangkan hasil tanaman, dan kekerapan dan tahap kemarau yang meningkat dalam perubahan iklim. Kekurangan bekalan air adalah satu isu di kebanyakkan negara. Dengan pertumbuhan penduduk yang semakin meningkat, permintaan air akan meningkat. Oleh itu, tindakan bagi meningkatkan kecekapan air dalam sektor pertanian adalah perlu.

Salah satu cara adalah dengan menggunakan polimer superabsorbent (RKK). RKK merupakan perapi tanah yang mempunyai keupayaan untuk menyerap dan mengekalkan 1,000 kali lebih banyak air daripada saiz dan berat polimer itu sendiri. Ianya diguna secara meluas dalam pelbagai sektor termasuk pertanian, hortikultur, farmaseutikal, pembungkusan makanan, penggerudian minyak dan sebagainya. Hidrogel Superabsorbent (SAHs) adalah bersifat lebih efisien berbanding RKK kerana sifat yang kompleks. Bagaimanapun, pengeluarannya polimer ini adalah terhad kerana ianya menglibatkan kos pengeluaran yang tinggi serta kesannya terhadap alam sekitar.

Dalam kajian JTAS, Davoud Khodadadi Dehkordi Universiti Azad Islam di Iran, mengkaji kesan RKK dan SAHs pada tanah dan tumbuh-tumbuhan, serta kadar penggunaan dan jumlah air pengairan yang boleh disimpan. Kajian mendapati bahawa bahan-bahan ini boleh menyimpan air serta nutrien, membolehkan tanaman mengeluarkan hasil dan meningkatkan biomass walaupun penggunaam air dan nutrien yang terhad. Polimer ini mempunyai kapasiti simpanan air yang boleh bertahan sehingga lima tahun. Ianya juga meningkatkan kadar percambahan benih dan pertumbuhan akar disamping mengurangkan keadaan kering. Bahan superabsorbent juga boleh mengurangkan pencemaran tanah dan meningkatkan kualiti air saliran.

Walau bagaimanapun, penggunaan RKK dan SAHs secara berleluasa boleh mengurangkan pengudaraan tanah serta mendedahkan tumbuhan terhadap penyakit. Oleh itu, lebih banyak kajian diperlukan bagi menentukan jumlah polimer yang paling sesuai untuk digunakan bagi setiap pokok dalam situasi yang berlainan.

Secara keseluruhan, menggunakan bahan-bahan superabsorbent boleh meningkatkan cahaya dalam tanah dan membolehkan pengurangan air dalam penanaman. Subsidi perlu disediakan di kebanyakkan negara bagi menggalakkan petani untuk menggunakan bahan ini, katanya.

SXDcRAs~